Berkenaan Solat

by: Bazli

Imam terkurang rakaat/perbuatan.

  1. Sunat untuk makmum bertasbih, tujuan mengingatkan imam. [...]
  2. Kalau imam masih tak sedar dia salah, maka makmum wajib mufaraqah. [...]
  3. Imam tak cukup rakaat tapi dah bagi salam --> kalau makmum tak nak mufaraqah dan tambah rakaat sendiri, maka dia juga bagi salam. Kemudian inform imam untuk tambah rakaat. Maka dapat semula pahala berjemaah. [...]

Makmum lambat ikut imam, melangkaui beberapa rukun fi'li.

  1. Makmum kena niat mufaraqah. Kalau tak, batal solat. [...]

Imam solat jumaat bangun rakaat ketiga.

  1. Makmum tak boleh ikut imam tambah rakaat. [...]
  2. Kalau tak sengaja ikut imam bangun, makmum wajib terus turun tasyahhud. [...]
  3. Boleh mufaraqah, atau tunggu imam turun semula dan bagi salam sama². [...]

Tak cukup rakaat, tapi dah bagi salam baru teringat.

  1. Kalau tak lama lepas bagi salam terus sedar kesilapan (kadar anggaran baca al-Fatihah), maka sambung saja rakaat yang tertinggal tadi. Sebelum bagi salam, buat sujud sahwi. [...]
  2. Kalau dah lama baru teringat, maka solat balik dari mula. [...]

Hukum makmum ganti jadi imam.

  1. Wajib jika solat jumaat. [...]
  2. Sunnah untuk selain solat jumaat. [...]

Imam batal solat bukan dalam posisi berdiri/qiyam.

  1. Imam yang terbatal itu, bangun. Jangan sebut takbir.
  2. Mantan imam tadi tepuk atau tarik makmum yang akan jadi pengganti imam.
  3. Imam ganti ini kekal di perbuatannya (eg. Sujud), di saf yang sama. Dia hanya kuatkan suara (takbir intiqal) sebagai isyarat dia dah jadi imam.
  4. Apabila dah qiyam, baru imam ganti itu gerak ke depan, ke tempat imam. [...]

Makmum sujud sedangkan imam berdiri qunut.

  1. Makmum wajib bangun berdiri semula ikut imam. [...]

Perlukah ikut imam sujud sahwi?

  1. Makmum wajib ikut. [...]

Terlupa tahiyyat awal.

  1. Jika dah lebih separuh berdiri --> sunat duduk semula untuk tahiyyat, dan sujud sahwi.
  2. Jika masih kurang separuh berdiri --> sunat duduk semula untuk tahiyyat, TAK PERLU sujud sahwi.
  3. Jika dah sempurna berdiri --> kalau teringat, kemudian duduk semula untuk tahiyyat, batal solat.
  4. Tak lupa tahiyyat, tapi sengaja bangun, kemudian duduk kembali --> Kalau dah lebih separuh berdiri, batal solat sebab tambah perbuatan.
  5. makmum wajib ikut qiyam kalau tak nak mufaraqah. Mufaraqah lebih utama.
  6. Makmum lupa/sengaja tak buat tahiyyat awal, kemudian sudah sempurna qiyam, sedangkan imam duduk tahiyyat --> makmum wajib duduk semula ikut imam. [...]

Imam tak qunut, bolehkah makmum buat?

  1. Boleh. Dengan syarat, wajib sempat ikut imam pada sujud pertama atau ketika duduk antara dua sujud.
  2. Kalau rasa tak sempat, makmum wajib turun ikut imam. Lepas imam bagi salam, makmum sujud sahwi. [...]

Qadha solat yang tersalah kiblat.

  1. Tak perlu.Sebab waktu solat, dah yakin itu kiblatnya. [...]

Sedar pakaian koyak lepas selesai solat.

  1. Wajib ulang solat. [...]

Rukun panjang dan pendek dalam solat.

  1. Panjang --> Qiyam, rukuk, sujud, tahiyyat.
  2. Pendek --> i'tidal, duduk antara dua sujud. [...]
  3. Terlambat dua rukun panjang dari imam --> makmum batal solat.
  4. Eg. Makmum masih qiyam, sedang imam dah selesai sujud pertama --> batal solat makmum (terlambat rukuk dan sujud = 2 rukun panjang. I'tidal tak dikira, sebab rukun pendek). [...]