Penulisan & pengumpulan Al-Quran

by: Bazli

Zaman Rasulullah SAW

  1. Bila dapat saja wahyu, Rasulullah SAW akan arahkan para penulis wahyu untuk catat ayat² Al-Quran.

  2. Antara penulis² wahyu yang masyhur:
    1. Khulafa' ar-Rasyidin
    2. Zaid bin Thabit
    3. Ubay bin Ka'ab
    4. Mu'awiyah bin Abu Sufian
    5. Khalid bin al-Walid

  3. Ditulis pada pelepah tamar, batu, kulit binatang, dsb.

Zaman Abu Bakar As-Siddiq

  1. Berlaku perang melawan orang murtad & yang enggan bayar zakat.

  2. Dalam perang Al-Yamamah, sehingga 70 orang huffaz meninggal dunia.

  3. Saidina Umar bimbang al-quran hilang di muka bumi. Lalu beliau cadangkan Saidina Abu Bakar kumpul al-quran.

  4. Saidina Abu Bakar lantik Zaid bin Thabit mengetuai jawatan kuasa penulisan.

  5. Ayat² al-quran dikumpulkan dalam satu mushaf.

  6. Mushaf disimpan oleh:
    1. Saidina Abu Bakar
    2. kemudian Saidina Umar
    3. kemudian Hafsah

Zaman Uthman bin 'Affan

  1. Islam berkembang ke Syam, Kufah dan lain² negeri.

  2. Cara bacaan al-quran:
    1. Penduduk Syam --> Ubay bin Ka'ab
    2. Penduduk Kufah --> Abdullah bin Mas'ud

  3. Berlaku perselisihan besar kerana perbezaan bacaan di antara mereka.

  4. Hudzaifah al-Yamani bimbang perpecahan di kalangan umat Islam. Jadi beliau cadangkan kepada Saidina Uthman selaraskan mushaf.

  5. Jawatan kuasa penulisan al-quran ditubuhkan. Sekali lagi Zaid bin Thabit dilantik sebagai ketua. Ahli² lain termasuklah:
    1. Abdullah bin Zubir
    2. Said bin al-'Ash
    3. Abdurrahman bin Harith

  6. Lembaran² al-quran dalam simpanan Hafsah dijadikan rujukan untuk dijadikan satu mushaf.

  7. Arahan Saidina Uthman:
    1. Tulis berdasarkan bacaan para huffaz.
    2. Kalau ada perbezaan bacaan, maka tulis ikut dialek Quraisy.

  8. Penulisan ini disebut sebagai Rasm Uthmani.

  9. Ada 6 mushaf ditulis:
    1. Mushaf Imam --> disimpan Saidina Uthman.
    2. Mushaf Makki --> dihantar ke Makkah. (Ketua: Abdullah bin al-Saib)
    3. Mushaf Madani --> disimpan di Madinah. (Ketua: Zaid bin Thabit)
    4. Mushaf Syami --> dihantar ke Syam. (Ketua: al-Mughirah bin Syihab)
    5. Mushaf Kufi --> dihantar ke Kufah. (Ketua: Abu Abdurrahman al-Salma)
    6. Mushaf Basri --> dihantar ke Basrah. (Ketua: 'Aamir bin Qais)